ENAM DAERAH DI PAHANG DILANDA BANJIR GELOMBANG KEDUA

KUANTAN, 2 JANUARI 2022: Enam daerah di Pahang dilanda banjir gelombang kedua sejak Jumaat lalu sehingga mengakibatkan 995 mangsa daripada 284 keluarga dipindahkan ke 38 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, enam daerah berkenaan ialah Lipis, Maran, Bera, Rompin, Raub dan Jerantut.

Daerah Lipis mencatatkan seramai 501 mangsa daripada 144 keluarga ditempatkan di 13 PPS, diikuti Raub seramai 276 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di 12 PPS dan Maran seramai 92 mangsa daripada 23 keluarga ditempatkan di lima PPS.

Selain itu Jerantut pula mencatatkan seramai 61 mangsa daripada 16 keluarga di tiga PPS, Rompin 51 mangsa daripada 13 keluarga di empat PPS dan Bera 14 mangsa daripada empat keluarga di sebuah PPS.

Selain itu, seramai 1,063 mangsa daripada 348 keluarga yang terlibat dalam banjir gelombang pertama masih lagi ditempatkan di 10 PPS di Daerah Temerloh dan Pekan.

Di Daerah Temerloh seramai 711 mangsa daripada 224 keluarga ditempatkan di tujuh PPS dan Pekan seramai 352 mangsa daripada 124 keluarga ditempatkan di tiga PPS. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download