YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

MOGA TAHUN 2022 MEMBERIKAN BANYAK FAEDAH KEPADA SEMUA

KUANTAN, 1 JANUARI 2022 : YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkongsi ucapan selamat tahun baharu ditujukan buat seluruh rakyat Pahang dan berharap tahun 2022 akan mendatangkan banyak faedah kepada semua.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, walaupun negeri ini menghadapi musibah banjir sebanyak dua kali pada tahun lalu, namun berkat kerjasama semua, ia dapat dihadapi dengan tabah dan tenang.

Beliau juga dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada Kerajaan Pahang.

“Terutamanya daripada pegawai-pegawai kerajaan, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, pegawai daerah, pengerusi JKKK, tok penghulu dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,” katanya.

Katanya, negeri ini masih lagi dalam keadaan musim banjir dan belum pulih sepenuhnya walaupun telah banyak pusat pemindahan sementara ditutup.

Justeru beliau menyeru kepada semua rakyat Pahang yang terlibat dengan banjir supaya mendengar nasihat daripada pihak berkuasa, jika diarah berpindah. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download