JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG MENURUN KEPADA 6,007 MANGSA

Oleh : Fansurina Abdullah
 
KUANTAN, 30 DISEMBER 2021: Jumlah mangsa banjir di Pahang sehingga jam 12 tengahari tadi terus menurun kepada 6,007 orang daripada 1,855 keluarga yang ditempatkan di 42 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah.
 
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Daerah Temerloh merupakan paling ramai mangsa iaitu seramai 3,125 orang daripada 983 keluarga berada di sembilan PPS diikuti Pekan 1,542 mangsa daripada 495 keluarga dipindahkan ke 20 PPS dan Bentong dengan 682 mangsa daripada 175 keluarga dipindahkan ke lapan PPS.
 
Manakala, Daerah Kuantan dengan 463 mangsa daripada 131 keluarga dipindahkan ke dua PPS dan Maran 195 mangsa daripada 71 keluarga dipindahkan ke tiga PPS.
 
“Jumlah keseluruhan mangsa di seluruh negeri ini direkodkan seramai 65,663 daripada 18,172 keluarga yang telah dipindahkan ke 433 PPS dan telah mengorbankan 20 orang mangsa daripada Kuantan, Pekan, Temerloh, Raub dan Bentong,” katanya.
 
Beliau berkata, kebanyakan jalan yang ditutup sebelum ini akibat banjir dan tanah runtuh telah dibuka kepada orang ramai kecuali Jalan Kampung Belimbing di Maran. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download