KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama AB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Delegasi Red Crescent United Arab Emirates Encik Fahad Abdelrahman Yousif Sultan Alhammadi dan Duta UAE ke Malaysia, Encik Khalid Ghanim Mohammed Alghaith melepaskan konvoi misi kemanusiaan UAE ke sembilan daerah di Pahang yang terjejas akibat banjir di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, semalam.

UAE TERUSKAN KESINAMBUNGAN BANTUAN MISI KEMANUSIAAN DI PAHANG

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

BENTONG, 30 DISEMBER 2021 : United Arab Emirates (UAE) meneruskan kesinambungan bantuan kemanusiaan banjir di Pahang menerusi Delegasi Red Crescent United Arab Emirates yang telah dilancarkan semalam.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.

Ketua Delegasi Red Crescent United Arab Emirates Encik Fahad Abdelrahman Yousif Sultan Alhammadi menyerahkan kit bantuan kemanusiaan kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sebagai simbolik bermulanya misi kemanusiaan UAE di negeri ini di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, semalam.

Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd. Razak dan YB Setiuasaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Delegasi Red Crescent United Arab Emirates itu diketuai oleh Encik Fahad Abdelrahman Yousif Sultan Alhammadi dan turut dihadiri Duta UAE ke Malaysia, Encik Khalid Ghanim Mohammed Alghaith.

KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyerahkan barangan bantuan daripada pihak UAE kepada seorang mangsa banjir di Kampung Chegar Medang, Bentong sambil disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, semalam.

Sebelum ini, delegasi sama pernah menyumbang bantuan kepada mangsa banjir di Pahang pada Januari lalu yang menelan belanja RM2 juta.

Pada misi kali ini, delegasi tersebut akan mengagihkan pelbagai jenis bantuan antaranya tilam, selimut, kit kebersihan, peralatan mandian dan makanan seperti beras, tepung, biskut dan gula yang akan mula diagihkan ke sembilan daerah yang dimulakan dengan Daerah Bentong.

Sehingga jam 8 pagi tadi, secara keseluruhannya, Pahang mencatatkan seramai 65,621 mangsa daripada 18,162 keluarga yang telah ditempatkan di 432 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download