MANGSA BANJIR DI PAHANG TERUS BERKURANGAN

KUANTAN, 26 DISEMBER 2021 : Mangsa banjir di Pahang terus berkurangan setakat 4 petang hari ini apabila 17,738 orang daripada 5,460 keluarga ditempatkan di 125 pusat perpindahan sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, pada masa ini mangsa banjir membabitkan enam daerah sahaja.

Beliau berkata, Temerloh menjadi daerah paling ramai mangsa iaitu 8,307 orang daripada 2,436 keluarga ditempatkan di 35 PPS, diikuti Bentong 3,705 mangsa daripada 1,334 keluarga ditempatkan di 188 PPS dan Bera 2,080 mangsa daripada 585 keluarga ditempatkan di 19 PPS.

Selain itu, Pekan pula mencatatkan sebanyak 1,860 mangsa daripada 598 keluarga ditempatkan di 23 PPS, Maran 1,402 mangsa daripada 405 keluarga ditempatkan di 26 PPS dan Kuantan 384 mangsa daripada 102 keluarga ditempatkan di empat PPS.

Sementara itu, beberapa jalan masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di daerah Bera, Maran dan Pekan.

Di Bera, jalan yang ditutup ialah Jalan Batu Bor, Jalan Bukit Serdang, Jalan Bohor Bahru, Jalan Kuala Bera, Jalan Charuk Puting-Guai dan Jalan Charuk Puting- Selindang.

Sementara itu, jalan yang ditutup di Pekan ialah Jalan Teluk Ganchong Lepar, Pelak-Belimbing, Jalan Mentiga Terapai dan Belimbing-Sri Makmur.

Di Maran pula membabitkan jalan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Jalan Pekan Sehari Kampung Awah, Jalan Bukit Tajau-Bandar Pusat Jengka, Jalan Masuk Kampung Paya Ladang, Jalan Kampung Wau /Kertau, Jalan Serengkam, Jalan Chenor Sekara Kening, Pejing dan Jalan Chenor. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download