(KEMASKINI) JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG TERUS MENURUN

KUANTAN, 24 DISEMBER 2021 : Jumlah mangsa banjir di Pahang terus menurun kepada 31,490 orang daripada 9,217 keluarga yang ditempatkan di 230 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan daerah.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Daerah Temerloh paling banyak banyak mangsa iaitu seramai 12,703 orang daripada 3,657 keluarga berada di 78 PPS diikuti Kuantan 7,645 mangsa daripada 2,181 keluarga dipindahkan ke 50 PPS, dan Bentong 4,700 mangsa daripada 1,597 keluarga dipindahkan ke 17 PPS.

Selain itu, Bera 2,303 mangsa daripada 660 keluarga dipindahkan ke 22 PPS, Pekan 1,858 mangsa daripada 562 keluarga dipindahkan ke 21 PPS, dan Maran 1,425 mangsa daripada 408 keluarga dipindahkan ke 27 PPS.

Daerah Lipis 287 mangsa daripada 27 keluarga dipindahkan ke sembilan PPS, Jerantut 424 mangsa daripada 80 keluarga dipindahkan ke 9 PPS, dan Raub 146 mangsa daripada 45 keluarga dipindahkan ke tiga PPS,” katanya.

Beliau berkata musibah banjir ini juga telah mengorbankan 14 orang mangsa daripada Bentong, Kuantan, Temerloh, Pekan dan Raub.

Beliau berkata jalan yang ditutup di seluruh negeri ini juga menurun kepada 35 jalan melibatkan lima daerah disebabkan banjir dan juga tanah runtuh.

Di Temerloh, jalan yang ditutup adalah Jalan Kuala Lumpur – Kuantan, Jalan Gemas – Temerloh, Jalan Temerloh – Mentakab, Jalan Bolok- Sok Mek, Jalan Utama Mempaga/Bkt Damar/Lakum, Jalan Kampung Gantok, Jalan Seberang Temerloh, Jalan Kampung Lipat Kajang, Jalan Teluk Ira-Rumpun Makmur, Jalan Simpang Songsang-Bangau, Jalan Megat Segama, Jalan Alternatif Paya Luas – Paya Jauh, Jalan Kampung Belenggu. Jalan Bahagia – Belenggu halt, Jalan Batu Kapur – Sg. Buloh, Jalan Sanggang – Lubuk Kawah, dan Jalan Jenderak Loop.

Di Pekan, di Jalan Teluk Ganchong Lepar, Pelak – Belimbing, dan Jalan Mentiga Terapai. Di Bentong ialah di Jalan Karak – Simpang Pelangai. Di Maran, di Jalan Pekan Sehari-Kampung Awah, Jalan Kampung Wau/Kertau, Jalan Serengkam, Jalan Bukit Tajau-Bandar Pusat Jengka, Jalan Chenor Sekara Kening, Pejing, Jalan Masuk Kampung Paya Ladang, dan Peijing.

Manakala di Bera pula di Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Bohor Bahru, Jalan Bukit Serdang, Jalan Kampung Menteri, Jalan Kuala Bera, Jalan Charuk Puting – Guai, dan Jalan Charuk Puting – Selindang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download