Mangsa banjir orang kurang upaya (OKU) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai dan Dewan Orang Ramai Kampung Padang Rumbia di sini menerima sumbangan kerusi roda.

JPBN PAHANG MUDAHKAN PROSES PENGURUSAN SALURAN BANTUAN MANGSA BANJIR

KUANTAN, 23 DISEMBER 2021: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang telah merangka satu kaedah bagi memudahkan proses pengurusan saluran bantuan yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan kepada mangsa banjir.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, JPBN Pahang menjelaskan, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menyalurkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 bagi ketua isi rumah terjejas banjir di Negeri Pahang.

Menurut kenyataan itu, mereka yang bakal menerimanya terdiri daripada empat kategori iaitu mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS); mangsa tidak berpindah ke PPS tetapi menumpang di rumah saudara-mara; mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang membuat keputusan untuk tidak berpindah ke mana- mana.

Kenyataan itu juga menyebut, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan penyaluran Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir sama ada yang berpindah ke PPS atau tidak.

Oleh yang demikian, JPBN Pahang menjelaskan, bagi mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pendaftaran akan dibuat di PPS, manakala bagi mangsa yang tidak berpindah, pendaftaran boleh dibuat melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download