Keadaan Loji Rawatan Air (LRA) Karak yang ditenggelami air ekoran kejadian banjir pada 18 Disember lalu terpaksa dihenti tugas dan telah menyebabkan 3,857 akaun pengguna terkesan akibat gangguan bekalan air.

LRA KARAK DIJANGKA BEROPERASI SEMULA MALAM ESOK

KUANTAN, 23 DISEMBER 2021: Loji Rawatan Air (LRA) Karak yang terpaksa dihenti tugas pada 18 Disember lalu ekoran bencana banjir dijangka akan beroperasi semula pada malam esok (24 Disember 2021).

Ketua Pegawai Eksklusif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Encik Saiful Zaini Bin Mohd Bokhari berkata, pengguna akan menerima bekalan air sepenuhnya secara berperingkat dalam tempoh masa 24 sehingga 48 jam.

Keadaan Loji Rawatan Air (LRA) Karak yang ditenggelami air ekoran kejadian banjir pada 18 Disember lalu terpaksa dihenti tugas dan telah menyebabkan 3,857 akaun pengguna terkesan akibat gangguan bekalan air.

Beliau berkata, peningkatan paras air sungai telah menyebabkan peralatan mekanikal dan elektrikal di loji mengalami kerosakan dan beberapa paip utama pecah serta terputus bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyebabkan 3,857 akaun pengguna terkesan akibat gangguan bekalan air.

Menurutnya, ekoran kejadian banjir yang berlaku pada baru-baru ini juga telah menyebabkan steel girder yang membawa paip utama Mild Steel (MS) 350mm dan 200mm patah di bawa arus sungai yang deras turut mengakibatkan beberapa kawasan terputus bekalan.

“PAIP telah membuat segala persediaan dan persiapan bagi pelaksanaan kerja-kerja dan henti tugas loji Kerja-kerja pembaikan ini segera dilakukan oleh pasukan
Perkhidmatan Air PAIP Ibu Pejabat bersama-sama PAIP Daerah.

“Pembaikan dan pembersihan di LRA Karak juga turut dibantu bersama 18 orang Rejimen Askar Jurutera Daerah (RAJD),” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, sepanjang henti tugas LRA, sebanyak 51 buah tangki statik telah ditempatkan di lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala
sebanyak enam buah lori tangki dan tiga Jumbo Tanker telah
digerakkan bagi membekalkan air kepada pengguna dan premis yang terjejas.

Menurutnya, bantuan ini turut mendapat kerjasama daripada Syarikat Air Johor (SAJ), Lembaga Air Perak (LAP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

“Walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi sepanjang berlaku pada musim monsun timur laut ini, PAIP senantiasa berusaha sebaik mungkin mengambil tindakan segera bagi memastikan kelangsungan bekalan air bersih kepada pengguna khususnya di Negeri Pahang,” katanya.

Beliau juga menasihati pengguna supaya menggunakan air secara berhemah dan menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan berdasarkan jadual.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang PAIP di www.paip.com.my dan Telegram, Notis Gangguan Bekalan Air Negeri Pahang untuk mendapatkan maklumat mengenai Notis gangguan bekalan air atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 09-573 9999 bagi sebarang pertanyaan dan aduan,” katanya.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download