YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika melihat projek lembangan sungai bersepadu Sungai Semantan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM58 juta di bandar Mentakab.

PROJEK TEBATAN BANJIR DI MENTAKAB SEDANG DILAKSANAKAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha

TEMERLOH, 23 DISEMBER 2021 : Kerajaan Pahang sedang membina projek lembangan sungai bersepadu Sungai Semantan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM58 juta di bandar Mentakab.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek yang kini berada pada fasa 1 pembinaannya ini akan membina sebuah tebatan banjir di Sungai Semantan.

Skop rancangan tebatan banjir ini adalah melibatkan pembinaan ban dan tembok banjir sepanjang 5 kilometer (km); melencong, mendalam, dan melebarkan sungai; serta membina tiga buah pintu air.

Selain itu ia juga akan membina tiga buah rumah pam, sebuah kolam tadahan, tiga buah kolam pengumpul, lima buah perangkap sampah GPT, dan empat buah pembentung.

Kerajaan Pahang menjangkakan projek ini akan dapat disiapkan sepenuhnya pada 2024 dan dapat mengelakkan kejadian banjir yang buruk di daerah ini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download