YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bertanya khabar seorang mangsa banjir di Bentong.

KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM500 UNTUK MANGSA BANJIR

KUANTAN, 23 DISEMBER 2021 : Kerajaan Pahang bersetuju menyumbangkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas banjir di negeri ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini sepertimana bantuan serupa disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir semasa bencana sama negeri ini alami tahun lepas.

“Mereka yang bakal menerimanya ialah di bawah empat kategori iaitu, mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), mangsa tidak berpindah ke PPS tetapi menumpang di rumah saudara-mara, mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang membuat keputusan untuk tidak berpindah ke mana-mana.

“Selain tanda prihatin, Kerajaan Negeri membuat sumbangan ini berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, beliau mengadakan lawatan ke Daerah Bentong semalam dan keadaan di sana cukup menyayat hati di Bentong.

“Dalam lawatan tersebut, saya berkesempatan melawat beberapa lokasi termasuklah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Karak Setia, PPS Dewan Bukit Dinding, PPS Surau Industri Benus, PPS SK Bukit Piatu, Balai Polis Karak dan Kampung Chegar Medang.

“Sepanjang perjalanan, saya dapat lihat sendiri keadaan rumah, kedai, kereta, motosikal dan pelbagai kemudahan lain yang ditenggelami air ketika banjir baru-baru ini.

“Saya pasti ini adalah antara bencana banjir yang terburuk dalam sejarah di Bentong. Semoga penduduk Bentong diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menempuhi ujian besar ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download