KUANTAN, 22 DISEMBER 2021 : Seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Pahang yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri ini boleh menyalurkan sumbangan melalui Tabung ‘PAHANG4BANJIR’.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, ekoran bencana banjir Disember 2021 ini, Negeri Pahang mencatatkan lebih 10,000 mangsa telah terkesan dan angka ini makin meningkat.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan Tabung PAHANG4BANJIR bagi membantu rakyatnya yang terkesan.
Beliau berkata, tabung ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Pahang.
Justeru orang ramai boleh memasukkan sumbangan kepada akaun Bank Muamalat Perbendaharaan Negeri Pahang 06010002165711 dengan rujukan Tabung Banjir Pahang
Sumbangan menerusi cek hendaklah ditulis atas nama Pegawai Kewangan Negeri Pahang dan dihantar ke Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang. – PAHANGMEDIA