Gambar hiasan

(KEMASKINI) MANGSA BANJIR DI PAHANG TERUS MENINGKAT KEPADA 42,234 ORANG

KUANTAN, 22 DISEMBER 2021 : Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini terus meningkat kepada 42,234 orang melibatkan 11,561 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ini kesemua mangsa dipindahkan ke 277 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan sembilan daerah.

“Di Kuantan, seramai 21,837 mangsa daripada 5,866 keluarga telah dipindahkan ke 68 PPS, Temerloh 10,204 mangsa daripada 2,853 keluarga dipindahkan ke 76 PPS dan Lipis 1,628 mangsa daripada 510 keluarga dipindahkan ke 29 PPS.

“Raub 1,315 mangsa daripada 348 keluarga dipindahkan ke 20 PPS, Jerantut 1,851 mangsa daripada 510 keluarga dipindahkan ke 29 PPS, dan Pekan 1,277 mangsa daripada 379 keluarga dipindahkan ke 20 PPS.

“Di Bentong 1,755 mangsa daripada 435 keluarga dipindahkan ke tiga PPS, Bera 1,868 mangsa daripada 530 keluarga dipindahkan ke 18 PPS, dan Maran 499 mangsa daripada 130 keluarga dipindahkan ke 14 PPS setakat ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download