Seramai 180 orang penduduk dari tiga buah kampung di daerah ini dipindahkan hari ini berikutan paras air yang meningkat.

BANJIR : 180 ORANG PENDUDUK TIGA BUAH KAMPUNG DI PEKAN DIPINDAHKAN

Oleh: Fairus Mohd

PEKAN, 21 DISEMBER 2021 : Seramai 180 orang penduduk dari tiga buah kampung di daerah ini dipindahkan hari ini berikutan paras air yang meningkat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan dan Peramu, Tuan Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, tiga buah kampung yang terlibat ialah Kampung Pelak, Kampung Tanjung Cempaka dan Kampung Bunut.

“Operasi ini melibatkan 21 orang anggota terdiri daripada lapan anggota balai bomba Peramu, empat orang dari balai bomba Chini dan bantuan sembilan orang dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai yang membawa turut membawa tiga buah bot dan kenderaan pacuan empat roda.

“Semua mangsa melibatkan 30 buah keluarga itu telah dibawa keluar untuk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Sementara itu beliau berkata, antara cabaran yang dihadapi pasukan penyelamat ialah arus deras dan kedalaman ketika menyeberangi Sungai Pahang.

“Semua mangsa kita ambil di kawasan tebing-tebing sungai di mana mereka ini telah dikumpul atur oleh ketua kampung masing-masing.

“Kita cuma berharap agar setiap operasi berjalan dengan lancar dan semua mangsa mendengar arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa dengan baik dan mereka dapat diselamatkan dan dipindahkan ke PPS yang disediakan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download