(KEMASKINI) LEBIH 30,000 MANGSA BANJIR DI PAHANG

KUANTAN, 20 DISEMBER 2021 : Jumlah mangsa banjir di sembilan daerah di negeri ini meningkat dari 26,481 individu ke 31,032 mangsa, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, mangsa terjejas membabitkan 8,180 keluarga yang kini ditempatkan di 243 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, Kuantan daerah paling ramai mangsa iaitu seramai 17,097 orang daripada 4,425 keluarga ditempatkan di 44 PPS diikuti Temerloh 5,031 mangsa daripada 1,291 keluarga ditempatkan di 56 PPS.

Selain itu, Raub pula mencatatkan seramai 2,057 mangsa daripada 572 keluarga ditempatkan di 40 PPS, Lipis seramai 1,885 mangsa daripada 578 keluarga ditempatkan di 35 PPS dan Jerantut 1,674 mangsa daripada 465 keluarga ditempatkan di 33 PPS. – PAHANGMEDIA

Sementara itu, Maran pula mencatatkan seramai 884 mangsa daripada 228 keluarga ditempatkan di 14 PPS, Bentong 1,044 mangsa daripada 271 keluarga ditempatkan di dua PPS, Pekan 1,151 mangsa daripada 301 keluarga ditempatkan di 13 PPS dan Bera 209 mangsa daripada 49 keluarga ditempatkan di enam PPS.

Beliau berkata keadaan banjir di negeri ini juga menunjukkan tren meningkat setakat petang ini berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download