(KEMASKINI) MANGSA BANJIR DI PAHANG TERUS MENINGKAT KEPADA 24,944 MANGSA

KUANTAN, 20 DISEMBER 2021 : Mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 24,944 mangsa daripada 6,658 keluarga yang ditempatkan di 230 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah setakat pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kuantan daerah paling ramai mangsa iaitu seramai 13,641 orang daripada 3,571 keluarga ditempatkan di 42 PPS diikuti Temerloh 3,454 mangsa daripada 938 keluarga ditempatkan di 44 PPS.

Selain itu, Raub pula mencatatkan seramai 1,861 mangsa daripada 508 keluarga ditempatkan di 41 PPS, Lipis seramai 1,812 mangsa daripada 544 keluarga ditempatkan di 35 PPS dan Jerantut 1,138 mangsa daripada 319 keluarga ditempatkan di 26 PPS.

Sementara itu, Maran pula mencatatkan seramai 1,118 mangsa daripada 275 keluarga ditempatkan di 22 PPS, Bentong 1,044 mangsa daripada 271 keluarga ditempatkan di dua PPS, Pekan 762 mangsa daripada 204 keluarga ditempatkan di 13 PPS dan Bera 113 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di lima PPS.

Beliau berkata keadaan banjir di negeri ini juga menunjukkan tren meningkat setakat petang ini berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download