Antara mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka selepas kediaman mereka dinaiki air. - Credit foto: JKM Pahang

(KEMASKINI) MANGSA BANJIR DI PAHANG TERUS MENINGKAT, LAPAN DAERAH TERJEJAS

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 19 DISEMBER 2021 : Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 7,728 orang melibatkan 2,147 keluarga setakat 12 tengahari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ini kesemua mangsa dipindahkan ke 146 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan lapan daerah.

Anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia berusaha menyelamatkan orang awam yang terperangkat akibat bencana banjir.

“Di Kuantan, sebanyak 3,064 mangsa daripada 924 keluarga telah dipindahkan ke 19 PPS yang ada, di Raub sebanyak 1,164 mangsa daripada 316 keluarga dipindahkan ke 35 PPS. Di Maran, sebanyak 858 mangsa daripada 215 keluarga dipindahkan ke 17 PPS.

“Di Bentong sebanyak 750 mangsa daripada 194 keluarga dipindahkan ke dua PPS setakat ini, di Lipis sebanyak 744 mangsa daripada 221 keluarga dipindahkan ke 27 PPS.

“Di Jerantut sebanyak 633 mangsa daripada 166 keluarga dipindahkan ke 19 PPS, di Temerloh sebanyak 306 mangsa daripada 58 keluarga dipindahkan ke 20 PPS, dan di Pekan sebanyak 209 mangsa daripada 53 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS,” katanya.

Tambah beliau lagi, kebanyakan sungai juga kini berada pada paras amaran dan berbahaya dan menunjukkan tren meningkat berbanding sebelum ini.

“Bagi daerah Lipis, Sungai Jelai di Bukit Bentong, Sungai Jelai di Jeti Lipis, Sungai Jelai di Jeram Bungor, dan Sungai Lipis berada pada paras berbahaya. Di Jerantut, Sungai Tembeling di Kampung Merting, Sungai Yap, Sungai Pahang di Paya Gintong, serta Sungai Lipis di Batu Malim di Raub juga telah melebihi paras bahaya.

“Di Bentong, Sungai Triang dan Sungai Bentong juga melepasi paras berbahaya, begitu juga Sungai Serting di Bera. Di Temerloh, Sungai Pahang di Kuala Krau juga telah melepasi tahap bahaya.

“Di Maran pula, Sungai Lepar di Jambatan Gelugor telah melepasi tahap bahaya. Dan di Kuantan, kesemua sungai iaitu Sungai Lembing, Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Sungai Kuantan di Bukit Kenau, Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Sungai Belat Sri Damai , dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor juga telah melepasi tahap berbahaya,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download