YAB Menteri Besar Pahang, Dato'Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengadakan tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Batu Yon, Bukit Betong, Lipis, hari ini, bagi melihat keadaan dan kebajikannya mangsa banjir yang dipindahkan akibat banjir.

YAB MENTERI BESAR NASIHAT ORANG RAMAI PATUH ARAHAN PIHAK BERKUASA

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 19 DISEMBER 2021 : YAB Menteri Besar Pahang menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa banjir.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu hantaran di laman sosial beliau berkata langkah pematuhan ini perlu diambil bagi menghadapi keadaan yang kritikal ini.

“Saya ingin menasihatkan semua warga Pahang, kita sekarang berada dalam keadaan yang agak kritikal kerana hujan masih tidak berhenti supaya mendengar arahan daripada pihak PDRM, dan juga daripada bomba dan juga daripada Pusat Operasi Bencana.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengadakan tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Batu Yon, Bukit Betong, Lipis, hari ini, bagi melihat keadaan dan kebajikannya mangsa banjir yang dipindahkan akibat banjir.

“Kalau mereka (pihak berkuasa) kata pindah, pindahlah. Kalau mereka kata jangan balik, jangan balik. Kita jangan main dengan air ni, air ni naik cepat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga diri dan keluarga semasa banjir ini bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa seterusnya bencana ini.

“Sekarang ini dah dua dah terkorban semasa banjir di Negeri Pahang. Jadi jaga diri, jaga keluarga, dan buat persediaan awal.

“Kerajaan Negeri akan membuat yang terbaik untuk membantu semua,” katanya.

Beliau yang berada di Lipis hari ini akan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Sebanyak 488 mangsa daripada 155 keluarga dipindahkan ke 21 PPS di Lipis, daripada 4,030 orang melibatkan 1,175 keluarga dipindahkan secara keseluruhan di negeri ini setakat pagi tadi. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download