Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 19 DISEMBER 2021 : Sebanyak 29 jalan melibatkan tujuh daerah di negeri ini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan setakat 11 pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata daerah terlibat adalah Kuantan, Jerantut, Lipis, Raub, Maran, Temeloh dan Bentong.
“Di Jerantut jalan yang ditutup ialah Jambatan Sungai Puai, Paya Garuk, Caltex Jengka 8, SMK Pulau Tawar Jambatan Jengka 24, Link Kota Gelanggi FT1521, dan Bukit Putus di Damak.
“Di Lipis pula di Kampung Besul, Kampung Serdang, dan Kampung Dura. Di Raub, di Jambatan Kuala Dong, di Dong dan Jalan JRD menghala ke Bentong.
“Di Bentong, di exit Bentong Barat dan Bentong Timur ditutup, di Chinta Manis, sebelum exit Karak, di KM84.6 di LPT sebelum Lanchang. Di Temerloh pula di Bukit Damar, KM113 LPT sebelum exit Temerloh, dan Kubur Paya Luas,” katanya.
Tambah beliau lagi, kesemua jalan yang ditutup ini melibatkan jalan dinaiki air, dan juga tanah, cerun serta jalan runtuh.
“Di Maran, jalan ditutup ialah di Kampung Jara berhampiran Kuil Sri Marathandavar, di Restoran Liyana Tomyam berhampiran Kilang Sawit Felcra, dan di Kandang Kambing Serengkam.
“Manakala di Kuantan, di exit Gambang di KM198, di Simpang MEC, di Tunas Manja Batu 12, di Jambatan Sungai Belat, di Soi, di Ladang Sawit Sungai Chari, dan Gerbang Sungai Lembing,” katanya.
Tambah beliau lagi, ada beberapa jalan yang dibuka tetapi hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja buat masa ini.
“Ini melibatkan jalan di Kubur Sri Telemong di Karak, Kampung Tersan (Lipis), selepas SK Penderas (Temerloh), Sawmill Feri di Ulu Retang (Jerantut), Sungai Salan (Jerantut), Simpang Jengka 1 (Jerantut), dan Simpang Liyana Tomyam Jengka 2 (Maran).
“Simpang Bak-bak (Maran), Kebun Sawit Kampung Asli Merbau (Maran), Klinik Kesihatan Gambang (Kuantan), Jambatan Sungai Pandan (Kuantan), Kilang Papan Sungai Charu (Kuantan), Kampung Semangat (Kuantan), dan Kampung Cherok Paloh (Kuantan),” katanya. -PAHANGMEDIA