Sungai Lembing yang dinaiki air banjir sejak semalam

14 JALAN DITUTUP SEPENUHNYA DI EMPAT DAERAH

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 18 DISEMBER 2021 : Sebanyak 14 jalan melibatkan empat daerah di negeri ini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, Mejar (PA) Mohd Zairosnizam Mohd Tarmizi berkata daerah terlibat adalah Jerantut, Kuantan, Lipis dan Raub.

“Di Jerantut jalan yang ditutup ialah Simpang Batu Embun, Jalan Bukit Puas-Gintong, Jalan Pulau Tawar-Durian Hijau, Jalan Sungai Lekok-Jeransong, Jalan Ulu Retang-Merting, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Simpang Batu Embun-Sempadan Kuala Lipis, dan Jalan Link Kota Gelanggi.

“Di Raub pula melibatkan Jalan Sengkela-Chenua, dan Jalan Kuala Semantan. Di Lipis pula melibatkan Jalan Bukit Kota-Aur Gading, dan di Kuantan melibatkan Jalan Ulu Retang-Merting dan Jalan Sungai Lembing,” katanya.

Tambah beliau lagi, ramalan cuaca bagi semua daerah setakat ini meramalkan akan berlaku ribu petir di satu dua tempat sehingga esok. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download