Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Rahim Muda ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini

SIDANG DEWAN NEGERI: JEJAMBAT ATASI KESESAKAN LALUAN KE KUANTAN

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 9 DISEMBER 2021 : Rancangan pembinaan jejambat dijangka dapat mengurangkan masalah kesesakan pengguna jalan raya di laluan Gambang masuk ke bandar Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, dua laluan masuk ke Kuantan yang sering digunakan ialah di Gambang dan kedua di Bukit Goh.

“Laluan Gambang merupakan laluan pilihan ramai dan kita dapati kesesakan berlaku di Batu 12 akibat kerja-kerja baiki jambatan baru di mana banyak aduan diperoleh berkenaan kesesakan yang berlaku memakan masa sehingga dua ke tiga jam.

“Satu lagi kesesakan berlaku di persimpangan masuk Batu 10 Jalan Gambang (berhampiran kem tentera) terutamanya pada petang Jumaat dan Sabtu.

“Bagaimanapun pihak kerajan telah berbincang dengan Ahli Parlimen tempat saya (Paya Besar) merangkap Timbalan Menteri Kewangan untuk membina jejantas dan ia telah dibawa ke pihak kemernterian untuk memastikan peruntukan dapat merealisasikan usaha untuk mengurangkan kesesakan jalan masuk ke Kuantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjawab soalan berkenaan permit harian yang dikenakan kepada peniaga-peniaga buah bermusim atau peniaga yang tidak mempunyai lesen.

Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah mengenalpasti beberapa lokasi di mana sebahagian peniaga ini telah menggunakan kawasan yang tidak sepatutnya seperti parking, selekoh nak masuk perumahan, kawasan komersial dan sebagainya.

“Pihak MBK membantu mereka walau tiada lesen dengan menasihatkan supaya dapatkan permit, sebelum ini mereka kena dating ke MBK setiap hari untuk ambil permit tapi pada musim Covid ini MBK turun padang sendiri untuk mengutip bayaran sebanyak RM10 sehari (hari berniaga sahaja).

“Pihak MBK juga telah menyediakan kawasan baru berhampiran di Batu 3 berhampiran pasaraya Nirwana bagi memudahkan mereka berniaga di tempat yang sesuai dan lebih selamat. Ini merupakan usaha yang baik oleh MBK untuk membantu peniaga kecil,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download