Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura, YB. Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Sharif ketika esi perbahasan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini

SIDANG DEWAN NEGERI : CADANG PADANG KEMUNTING JADI LOKASI REKREASI

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 8 DISEMBER 2021 : Kedudukan Padang Kemunting yang strategik dilihat sesuai untuk dijadikan salah sebuah lokasi rekreasi di kawasan Bandar Kuantan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura, YB. Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Sharif berkata, kelestarian Bandar Kuantan yang dilihat kini boleh dibanggakan dan turut menjadi perhatian pengunjung dari luar.

“Majlis Perbandaran Kuantan pun sudah naik taraf ke Bandaraya, jadi kita ingin lihat sesuatu yang baharu, jadi saya cadangkan Padang Kemunting dijadikan open mini stadium (stadium mini terbuka) dengan kelengkapan trek untuk berjogging.

“Kita tengok ramai orang suka bersukan, berjogging jadi saya rasa lokasi tersebut sesuai dijadikan tempat tarikan baru untuk masyarakat beriadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Dalam pada itu menyentuh mengenai kepelbagaian bantuan yang dihulurkan Kerajaan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain yang bangun mencelah turut memuji segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Saya tertarik dengan perkara yang dibangkitkan ADN Inderapura yang menyatakan mengenai bantuan dan insentif dari Kerajaan Negeri bahkan jenazah covid pon menerima bantuan.

“Dalam mesyuarat baru-baru iini juga saya dimaklumkan mana-mana kematian akibat Covid di Pulau Tioman juga dapat insentif untuk urusan berkaitan pengurusan jenazah,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download