Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Cheka, YB Encik Lee Ah Wong pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: TIADA PERANCANGAN BINA RUMAH WARGA EMAS

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 7 DISEMBER 2021 : Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai perancangan untuk membina pusat jagaan warga emas atau rumah orang tua pada masa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, ia (pusat jagaan) boleh dibina jika ia dirasakan perlu pada masa akan datang.

“Jika Kerajaan Negeri ingin membina pusat tersebut perlulah mematuhi Akta Pusat Jagaan 1993 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994.

“Namun bagi warga emas yang memerlukan jagaan dan perlindungan serta tidak mempunyai waris, mereka boleh ditempatkan di institusi kebajikan untuk warga emas seperti Rumah Seri Kenangan (RSK) atau Rumah Ehsan bagi warga emas terlantar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Cheka, YB Encik Lee Ah Wong pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Menjawab berkenaan bantuan lain yang disediakan JKM selain bantuan one-off kepada warga emas berusia 80 tahun ke atas, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza berkata kerajaan negeri melalui JKM boleh mempertimbangkan bantuan bulanan keapda warga emas yang memerlukan dengan kadar RM500 sebulan.

“Bantuan alat tiruan dan sokongan juga boleh diberikan mengikut keperluan warga emas terbabit,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download