YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Jalinan Usahasama di antara anak syarikat Yayasan Pahang, YP Hevea Sdn. Bhd. dan Damai Crops Sdn. Bhd. hari ini.

YAB MENTERI BESAR SAKSI MAJLIS MENANDATANGANI JALINAN USAHASAMA DUA SYARIKAT

KUANTAN, 30 NOVEMBER 2021: YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Jalinan Usahasama di antara anak syarikat Yayasan Pahang, YP Hevea Sdn. Bhd. dan Damai Crops Sdn. Bhd. hari ini.

Majlis yang diadakan di Kompleks Yayasan Pahang itu adalah untuk tujuan usahasama tanaman kelapa sawit di Ladang Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut.

Dalam majlis menandatangani itu, YP Hevea Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Besar, Encik Suriya Othman manakala Damai Crops Sdn. Bhd. diwakili Pengarah Eksekutif, YH Dato’ Mohd Zaili Mohd Yusof. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download