ROMPIN, 26 NOVEMBER 2021: Nasib mangsa ribut di FELDA Keratong 8 di Muadzam Shah di sini mendapat perhatian Kerajaan Pahang yang tampil menghulurkan sumbangan.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Muadzam Shah, YB. Encik Ir. Razali Kassim.
Menurut YB. Encik Ir. Razali kebanyakan rumah mangsa mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbung, dalam kejadian ribut pada 5 Oktober lalu.
Beliau berharap semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kepada semua terbabit.
Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pahang yang sentiasa prihatin membantu rakyat yang memerlukan.
Kesemua mangsa terbabit sudah menerima bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – PAHANGMEDIA