PAHANG MENANG EMPAT ANUGERAH PADA SIMPOSIUM PENDAKWAH ORANG ASLI

KUANTAN, 26 NOVEMBER 2021: Pahang berjaya memenangi empat anugerah dalam Simposium Pendakwah dan Kepimpinan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2021 yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, empat anugerah itu dimenangi iaitu Surau Kampung Orang Asli Terbaik, Surau Diri Jumaat Kampung Orang Asli Terbaik, Tokoh Kepimpinan Masyarakat Orang Asli dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Qudwah Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad

Beliau berkata, Anugerah Surau Kampung Orang Asli Terbaik dimenangi Surau KOA (Kampung Orang Asli) Sungai Dua, Ulu Bentong manakala Surau Diri Jumaat Kampung Orang Asli Terbaik jatuh kepada SKJ KOA Leryar Cameron Highlands.

Selain itu, Tokoh Kepimpinan Masyarakat Orang Asli dinobatkan kepada Batin Fendi Yunus (Batin KOA Penderas, Temerloh ) dan Anugerah PMOA Qudwah Kebangsaan diberikan kepada Ustaz Abu Yazid.

Katanya lagi, beliau berharap kejayaan itu menjadi motivasi kepada semua warga dakwah di negeri ini untuk menjalankan tugas dan amanah lebih cemerlang pada masa depan.

“Tahniah juga kepada semua yang berjaya dari Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang terutama bahagian dakwah dan bahagian PMOA,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download