KUANTAN, 26 NOVEMBER 2021: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberi sumbangan sebanyak RM88,000 kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk geran program keagamaan dan kajian penyelidikan.
Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP (Sektor Baitulmal dan Operasi ), Y.Brs Dr. Haji Asmadi Abdul Rahman kepada Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP, Y.Brs Prof. Madya Dr. Rashidi Abbas.
MUIP dalam satu hantaran di Facebook berkatam sumbangan sumbangan zakat sebanyak RM50,000 diserahkan kepada Pusat Islam UMP untuk geran program keagaman serta RM38,000 lagi untuk tujuan kajian penyelidikan.
Sumbangan yang diluluskan adalah berdasarkan permohonan yang telah dibuat kepada MUIP adalah bertujuan menganjurkan program keagamaan yang akan dilaksanakan oleh Pusat Islam UMP.
Selain itu, geran bagi membuat kajian terkini Had Al-Kifayah telah diluluskan untuk tujuan pengurusan zakat khususnya di Negeri Pahang. – PAHANGMEDIA