Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
KUANTAN, 26 NOVEMBER 2021 : Kerajaan Pahang hari ini meraikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2021 peringkat Negeri Pahang secara ringkas dan sederhana di Wisma Sri Pahang, hari ini.
Sambutan yang turut meraikan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar Malaysia ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau dalam sambutan ini telah memotong riben simbolik sambutan dan menandatangani plak dengan disaksikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda dan Pengarah PLANMalaysia Pahang, YBrs. Tuan Haji Mokhtar Samadi.
Hari Perancangan Bandar Sedunia adalah sambutan tahunan yang diraikan pada 8 November setiap tahun yang melibatkan 30 buah negara di seluruh dunia.
Sambutan ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai bidang perancangan bandar dalam memastikan pembangunan bandar dan desa yang mampan demi kesejahteraan komuniti serta pemeliharaan alam sekitar di Malaysia amnya dan di Negeri Pahang ini khasnya.
Sambutan pada tahun ini sangat bermakna kerana ianya disambut bersama Sambutan 100 Tahun Profesion Perancangan Bandar di Malaysia. -PAHANGMEDIA