Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Sultan Kedah, KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan upacara menanam pokok Rajah Kayu (Cassia Fistula) di perkarangan Istana Negara, semalam bersempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-257.

KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN TANAM POKOK DI ISTANA NEGARA SEMPENA MESYUARAT RAJA-RAJA

Oleh : Fansurina Abdullah

KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyempurnakan upacara penanaman pokok di perkarangan Istana Negara bersempena Mesyuarat Raja-raja.

Upacara penanaman pokok dan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama adalah cetusan idea KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Mesyuarat Raja-Raja.

Sultan Kedah, KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah turut berkenan menyempurnakan upacara menanam pokok Rajah Kayu (Cassia Fistula) di perkarangan Istana Negara sebagai simbolik baginda mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-257 itu.

Sultan Sallehuddin turut berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU).

Mesyuarat dua hari yang bermula semalam turut melibatkan keberangkatan semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis.

Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis.

Mesyuarat Raja-Raja turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Ketua Menteri. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download