Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan replika kunci kepada Puan Norhaizi Mohd Jusoh, 58, yang menerima Rumah Rakyat Pahang

TIDAK LAGI MENUMPANG DI RUMAH PUSAKA SELEPAS TERIMA RUMAH RAKYAT PAHANG (RRP)

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Mahathir Ali

PEKAN, 22 NOVEMBER 2021 : Sebelum ini, kehidupan yang dilalui seorang ibu tunggal di Kampung Tanjung Batu di sini bersama lima anaknya agak sukar kerana terpaksa menumpang hidup di rumah pusaka arwah ibunya.

Namun atas keprihatinan Kerajaan Negeri melalui bantuan rumah percuma telah memberi sinar baru kepada Puan Norhaizi Mohd Jusoh, 58, bersama lima orang anaknya.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bergambar di hadapan Rumah Rakyat Pahang yang diserahkan kepada Puan Norhaizi Mohd Jusoh, 58.

Menurutnya, hanya tiga orang anak masih tinggal bersama manakala dua orang lagi telah menjalani kehidupan masing-masing di luar.

“Saya rasa amat bersyukur kerana diberi peluang memiliki Rumah Rakyat Pahang (RRP) oleh Kerajaan Negeri Pahang.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, YB Fakhruddin (Ahli Dewan Negeri Bebar), Ketua Kampung, Penghulu serta semua yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kunci rumah RRP oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff melihat rumah pusaka yang sebelum ini didiami oleh Puan Norhaizi Mohd Jusoh, 58.

Menurutnya lagi, kehidupan sekeliling juga rasa lebih selamat dan selesa kerana tidak lagi berhadapan masalah ketiadaan rumah.

“Tiada perasaan dapat digambarkan kecuali syukur dan gembira dengan rezeki yang diberikan kepada saya dan anak-anak.

“Ini juga antara lambang keprihatinan dan kasih kerajaan negeri kepada rakyat yang memerlukan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download