YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bermain karom ketika Majlis Sambutan Bulan Keluarga Malaysia 2021 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Pertabalan di Cameron Highlands

KERAJAAN PAHANG PERUNTUK RM1.588 JUTA BAGI PERKHIDMATAN KEKELUARGAAN DAN KESIHATAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

CAMERON HIGHLANDS, 20 NOVEMBER 2021 : Kerajaan Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM1.588 juta bagi perkhidmatan kekeluargaan dan kesihatan.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata RM88,000 diperuntukkan bagi Program Jelajah Peduli Keluarga.

“Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM88,000 bagi Program Jelajah Peduli Keluarga (JPK) di 14 kawasan Perlimen Negeri Pahang dalam menyampaikan perkhidmatan kekeluargaan di dalam komuniti setempat khususnya di kawasan pedalaman dan terpinggir.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Sambutan Bulan Keluarga Malaysia 2021 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Pertabalan di Cameron Highlands

“Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM1.5 juta bagi pelaksanaan Program Ujian Mamogram secara percuma kepada 6,000 wanita di Negeri Pahang melalui Klinik Nur Sejahtera LPPKN Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Bulan Keluarga Malaysia 2021 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Pertabalan di sini.

Turut hadir, Yang Di-Pertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhammad; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram; Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Tuan Ramli Dato’ Mohd Noor; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), YBrs. Encik Hairil Fadzly Md Akir; dan Pengarah LPPKN Negeri Pahang Nor Hafizah Md. Nor.

Beliau berkata tema sambutan bulan keluarga tahun ini iaitu ‘Kitakan Keluarga Malaysia’ sangat bertepatan sebagai usaha mencapai kesejahteraan masyarakat.

“Untuk pengukuhan institusi keluarga turut digembleng melalui inisiatif dan perkongsian sumber kerjasama pelbagai agensi dan institusi.

“Ia selaras dengan pelaksanaan Dasar Keluarga Negara yang bermatlamat membangunkan keluarga sejahtera, sihat, dan teguh serta berdaya tahan untuk memastikan kestabilan sosial demi kesejahteraan negara,” katanya.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Sambutan Bulan Keluarga Malaysia 2021 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Pertabalan di Cameron Highlands

Sementara itu, menurut YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza, Keluarga Malaysia bukanlah titik mula kepada perpaduan negara tetapi merupakan kesinambungan masa hadapan.

“Keluarga Malaysia ini bukanlah titik mula kepada perpaduan negara, sebaliknya Keluarga Malaysia ini merupakan kesinambungan masa hadapan yang menjadi pendorong kepada kita untuk lebih bersatu ke arah menggapai kejayaan yang dicita-citakan bumi Malaysia ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download