YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Pelancaran Mossy Forest @ PahangGo dan Penyampaian Sijil Penghargaan Ops Pamah di Hotel Zentih di Cameron Highlands

PAHANGGO DILANTIK AGEN KUTIPAN FI KAWASAN HUTAN CAMERON HIGHLANDS

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

CAMERON HIGHLANDS, 20 NOVEMBER 2021 : Kerajaan Pahang melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melantik PahangGo Sdn Bhd bagi agen kutipan fi masuk di kawasan hutan Cameron Highlands.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata usaha ini menjadi tanda penglibatan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dalam transformasi digital di negeri ini.

“Saya menyokong penuh usaha Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang telah melantik PahangGo Sdn Bhd sebagai agen kutipan fi masuk ke Taman Eko Rimba Mossy Forest dan Permit Memasuki Hutan Simpan Kekal bagi aktiviti pendakian di Cameron Highlands.

“Penyediaan aplikasi atas talian ini akan memberi banyak faedah bukan sahaja kepada masyarakat dan Jabatan, tetapi juga kepada Kerajaan Negeri juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Mossy Forest @ PahangGo dan Penyampaian Sijil Penghargaan Ops Pamah di Hotel Zentih di sini.

Turut hadir, Yang Di-Pertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhammad; Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semananjung Malaysia, YH. Dato’ Mohd Ridza Awang; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Mohd Hizamri; dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

Beliau berharap penggunaan aplikasi secara atas talian ini dapat digunakan dengan lebih meluas lagi dan memberikan manfaat kepada semua pihak.

Sementara itu, menurut YH. Dato’ Dr. Mohd Hizamri penyediaan aplikasi atas talian ini akan memberikan banyak faedah bukan sahaja kepada masyarakat dan Jabatan, tetapi juga kepada pihak Kerajaan Negeri.

“Aplikasi secara atas talian ini dapat digunakan dengan lebih meluas lagi dan memberikan manfaat kepada semua pihak.

“Penggunaan aplikasi PahangGo ini akan boleh digunapakai oleh orang ramai bermula pada Januari 2022 ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

Share this: