Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan bercemar duli pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kurniaan YASA di Kampung Lompat, Temerloh.

RUMAH BERTIANG JADIKAN CONTOH PEMBINAAN KEDIAMAN TEPI SUNGAI – KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

TEMERLOH, 18 NOVEMBER 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah, bertitah supaya reka bentuk rumah bertiang dijadikan contoh pembinaan rumah di tepi sungai selepas ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda bertitah, reka bentuk ini juga merupakan salah satu langkah keselamatan sekiranya berlaku banjir.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan sumbangan rumah kepada penerima ketika bercemar duli pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kurniaan YASA di Kampung Lompat, Temerloh

“Pembinaan rumah bertiang memudahkan penduduk jika musim banjir berlaku, di mana ia lebih selamat. Jadi mana-mana rumah yang nak di bina di tepi Sungai Pahang perlu mengambil kira ketinggian dan ia dapat menjadi contoh kepada rumah-rumah yang terdapat di persekitaran, di tepi-tepi sungai ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas mendengar sembah taklimat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, YBrs. Ir. Hafizah Zakaria berkenaan pembinaan rumah bertiang kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kuruniaan YASA di Kampung Lompat, di sini hari ini.

Turut berangkat, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda dan Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato’ Ali Syahbana Sabaruddin.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda juga turut mengucapkan tahniah kepada penerima rumah dan menitahkan supaya mmenjaganya dengan baik.

“Saya juga nak ucap tahniah kepada penghuni dan harap mereka dapat jaga rumah ini sebaik mungkin, harap dapat tahan 100 tahun,” titah baginda.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut berkenan mengurniakan sumbangan sebelum meninjau rumah yang berkeluasan 960 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan tiga bilik air selain tangga di hadapan dan belakang rumah dengan kos RM100,000 sebuah yang dilengkapi perabot dan set bilik tidur.

Baginda kemudiannya berkenan mengurniakan sumbangan kepada dua lagi penerima di Kampung Pangsenam dan Kampung Tanjung Pasir, di sini pada sebelah petangnya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download