KUANTAN, 18 NOVEMBER 2021: Seramai 97 mangsa banjir di Dewan Negeri Jengka menerima sumbangan Bantuan Wang Ihsan Banjir berjumlah RM500 setiap Ketua Isi Rumah (KIR) di Wisma Peneroka, Bandar Tun Razak, Jengka.
Majlis Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad mewakili YAB Menteri Besar Pahang.
YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim berkata, bantuan ini adalah kali kedua diserahkan, sebelum ini Kerajaan Pahang telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa.
Justeru beliau berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat serta meringankan kesuliran yang dihadapi oleh mereka yang terjejas akibat banjir.
Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADN) Jengka, YB Ustaz Shahril Azman.
YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim turut sempat mengingatkan penerima agar berhemah dan gunakannya untuk persiapan musim tengkujuh akan datang.
Sehubungan itu, YB Ustaz Shahril turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pahang di atas keprihatinan terhadap mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. – PAHANGMEDIA