Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Batu 1, Temerloh

NASIB LIMA KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DAPAT PERHATIAN KERAJAAN PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2021 : Nasib lima keluarga mangsa kebakaran di Kampung Batu 1, Temerloh telah mendapat perhatian daripada Kerajaan Pahang melalui bantuan yang disampaikan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin, beliau dan beberapa pemimpin di negeri ini telah memberikan bantuan awal kepada mangsa terlibat.

“Saya singgah di Kampung Batu 1 untuk melihat sendiri perkembangan dan berjumpa dengan mangsa-mangsa kebakaran.

“Dan saya telah pun memberikan bantuan kepada mereka, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain turut hadir dan Dato Nor Azmi (Ahli Dewan Negeri Semantan) pun turut ada dan rakan-rakan lain turut hadir dari awal kejadian berlaku,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Pahang akan membantu kesemua mangsa yang terlibat dan mengharapkan mereka bersabar dengan musibah yang menimpa ini.

“Kita harap mereka (mangsa kebakaran) dapat bersabar dengan musibah ini, dan insyaAllah kita (Kerajaan Pahang) akan bantu yang sepatutnya,” katanya.

Sebanyak empat buah rumah kediaman dan sebuah kedai telah musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada 4 pagi semalam.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Kesemua lima mangsa telah menerima bantuan kewangan berjumlah RM2,500 daripada YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar, YB. Dato Nor Azmi, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain toto, bakul makanan dan kit keperluan daripada JKM. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download