Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

SELAMAT HARI LAHIR KASIH – KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG

Oleh : Fairus Mohd

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2021 : Hasrat seorang gadis istimewa yang mahu ucapan hari lahir daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tertunai dengan kesudian baginda memenuhinya.

Dalam sebuah rakaman pendek, Raja Ratna Kasih berusia 15 tahun yang juga penghidap Disleksia bertanyakan bapanya adakah KDYMM Pemangku Raja Pahang sudi memberi ucapan hari lahir kepadanya.

Raja Ratna Kasih berusia 15 tahun bersama bapanya

Menurut bapa Kasih, anaknya itu menjadikan KDYMM Tengku Hassanal sebagai idola dan sangat berharap agar baginda dapat menunaikan keinginan Kasih yang bersekolah di sekolah khas bagi penghidap Disleksia.

Mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, KDYMM Pemangku Raja Pahang sememangnya memiliki sifat prihatin yang sangat tinggi seperti Almarhum nenda dan ayahanda baginda yang sangat peka dengan keadaan rakyat.

Baginda sudi meluangkan masa merakam ucapan selamat hari lahir kepada Kasih dengan doa agar gadis berkenaan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.

Dalam rakaman sama KDYMM Tengku Hassanal turut menasihati Kasih agar belajar bersungguh-sungguh, menjaga solat dan akan bertemu Kasih suatu hari nanti jika berkelapangan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download