YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Input Matan Belanjawan Negeri 2022 bersama pasukan belanjawan semalam

KERAJAAN PAHANG PERTIMBANG CADANGAN RAKYAT DALAM BELANJAWAN 2022

Oleh : Fansurina Abdullah
 
KUANTAN, 16 NOVEMBER 2021 : Kerajaan Pahang akan mempertimbangkan setiap cadangan dan pandangan daripada rakyat negeri ini dalam memperkemaskan Belanjawan Negeri Pahang 2022.
 
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya akan mempertimbangkan segala cadangan dan pandangan daripada rakyat agar semua pihak dapat menikmati kemakmuran yang telah diusahakan oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri pada hari ini.
 
“Saya sempat meneliti maklum balas sebagaimana yang pernah saya katakan sebelum ini bahawa kita (kerajaan) akan meminta cadangan atau pandangan daripada rakan-rakan (rakyat) mengenai belanjawan Negeri Pahang yang akan dibentangkan pada 6 Disember depan.
 
“Saya menerima banyak pandangan dan cadangan tetapi insyaa Allah setelah saya meneliti daripada Facebook Pahang Media, Facebook saya sendiri dan juga Portal Belanjawan Pahang 2022, sangat menarik, saya ucapkan syabas dan tahniah, boleh dikatakan semua yang dikemukakan agak boleh diterima,” katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam satu perkongsiannya menerusi aplikasi Tiktok @tokwanrosdy, baru-baru ini.
 
Menerusi perkongsian itu, beliau berkata, kerajaan akan berusaha mempertimbangkan setiap cadangan dan pandangan daripada rakyat supaya kemajuan Negeri Pahang dapat dinikmati bersama.
 
Belanjawan Negeri Pahang 2022 akan dibentangkan oleh Dato’ Sri Haji Wan Rosdy pada 6 Disember depan kira-kira jam 10 pagi dan boleh diikuti secara langsung menerusi aplikasi Facebook. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download