YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak bersama pemenang wakil dari Pahang yang memenangi Pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19.

KEISTIMEWAAN KAMPUNG SUNGAI PASU TAMBAT HATI JURI

Oleh : Fairus Mohd

KUANTAN, 10 NOVEMBER 2021 : Keistimewaan dan keindahan yang terdapat di Kampung Sungai Pasu, Raub diiktiraf selepas memenangi Pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19 yang melibatkan komuniti bandar dan luar bandar di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Pasu, Encik Mohd Zaidi Hashim berkata, mereka berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM50,000 selepas bersaing dengan lebih 80 buah kampung lain yang menyertai pertandingan itu.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan anugerah Pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19 kepada wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Pasu.

“Pertandingan ini diadakan secara maya sejak bulan April lalu dan kami telah menampilkan kesungguhan pada sesi pembentangan mengikut kreativiti yang telah di rancang selain aktif dengan penyebaran maklumat secara maya, bantuan sepanjang Covid, hebahan berkenaan keperluan vaksinasi, dan sebagainya.

“Alhamdulillah, kami menang kategori luar bandar (sub kategori kampung tradisional) dan ini menaikkan semangat kami untuk terus memastikan kampung kami sentiasa dalam keadaan indah, aman dan sejahtera,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP).

Dalam pada itu katanya, Kampung Sungai Pasu memang terkenal dengan homestay yang menyediakan pemandangan indah dipenuhi kehijauan serta dihuni penduduk yang ramah dan mesra.

“Kini kami sedang dalam perancangan dan usaha membangunkan sebuah tasik di kampung ini sebagai satu lagi lokasi tarikan terutamanya bagi pelancong dari luar.

Kampung Sungai Pasu di Raub

“Tasik yang juga bekas empangan bagi pesawah di kampung ini yang pernah dikenali sebagai Tasik Wawasan atau Village View Recreation Park ini bakal berwajah baru dan kami namakannya sebagai Tasik Kampung Pasu,” katanya.

Pada pertandingan sama, dua lagi penyertaan dari negeri Pahang telah dinobatkan sebagai pemenang iaitu Kampung Orang Asli Pian, Temerloh (subkategori Kampung Orang Asli) dan KRT Taman Sri Kemuning, Temerloh (kategori Bandar).

Hadiah telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam satu majlis yang diadakan pada 8 November lalu di Ibu Negara. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download