Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad pada Majlis Makan Malam Simposium Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021 di Kuantan.

KERAJAAN PAHANG PERUNTUK RM1 JUTA UNTUK AKTIVITI PENDIDIKAN

KUANTAN, 10 NOVEMBER 2021: Kerajaan Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan aktiviti pendidikan yang diaturkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, peruntukkan yang diluluskan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bagi melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan.

“YAB Menteri Besar Pahang sangat dalam soal pendidikan di negeri ini malah menjadi tradisi sejak dahulu lagi. Dengan bantuan pendidikan ini berjaya menghasilkan ramai tokoh masyarakat, akademik, pakar-pakar dan pentadbir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya selepas Majlis Makan Malam Simposium Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021 di sini, semalam.

Seramai 400 warga pendidik berkumpul pada Simposium Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021 yang diadakan selama tiga hari itu.

Beliau dalam masa yang sama menzahirkan ucapan tahniah kepada penganjur dan berharap simposium ini dapat mencapai matlamat dan objektif dalam membina pembangunan anak murid. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download