Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam.

KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS MUNAQASYAH

KUANTAN, 10 NOVEMBER 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke majlis disambut barisan kepimpinan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan serta agensi agama Islam dan juga para mufti negeri-negeri di bawah naungan Baginda.

Negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka Baginda ialah Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, seperti yang termaktub di bawah Perkara 3(2), 3(3) dan 3(5) Perlembagaan Persekutuan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam.

Majlis Munaqasyah ini dianjurkan atas inisiatif dan cetusan idea Seri Paduka Baginda dengan tujuan utama untuk membincang dan memperhalusi isu hal ehwal Islam di negeri-negeri di bawah naungan Baginda serta memantapkan agensi agama di setiap negeri berkenaan.

Majlis pada hari ini adalah yang kali keempat seumpamanya dianjurkan bersama antara Istana Negara dan JAKIM dengan kali pertama ia dianjurkan pada 20 Jun 2019 diikuti kali kedua pada 7 Oktober 2019 dan kali ketiga pada 6 Februari 2020.

Sejumlah enam kertas kerja telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda pada sesi hari ini.

Rumusan daripada majlis Munaqasyah dan pembentangan kertas-kertas kerja ini akan dikemukakan oleh Seri Paduka Baginda ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-257 yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 November ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download