Datuk Bandar MBK, YH. Dato’ Hamdan Hussin menyampaikan cenderahati kepada wakil media Pahang pada pada majlis makan malam bersama media di Hotel Sentral Kuantan.

MEDIA DAN MBK JALIN KERJASAMA ERAT

Oleh : Fairus Mohd

KUANTAN, 10 NOVEMBER 2021 : Kerjasama dan interaksi baik antara pengamal media dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mampu menghasilkan sinergi terbaik dalam memberi gambaran tepat berkenaan kelebihan serta keistimewaan bandar maju ini.

Datuk Bandar MBK, YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata, hebahan informasi serta berita berkaitan dapat memberi maklumat tepat tentang MBK kepada pelabur, peniaga dan masyarakat secara keseluruhannya.

“Pihak MBK menganggap media sebagai rakan strategik malah lebih tepat lagi rakan strategik jangka masa panjang.

Datuk Bandar MBK, YH. Dato’ Hamdan Hussin

“Saya mengharapkan MBK dan Media akan terus bekerjasama dan saling berinteraksi dalam menyebar luas maklumat kepada warga Kuantan.

“Saya juga amat berharap agar sebaran yang jelas dalam segala usaha MBK dapat disampaikan dengan jelas kepada warga Kuantan dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama media di Hotel Sentral Kuantan, di sini.

Dalam pada itu beliau berkata, majlis yang diadakan bertujuan untuk meraikan dan menghargai jasa yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan media dalam memberikan liputan, publisiti dan hebahan ke atas setiap program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak MBK.

“Pada kesempatan ini kita ingin meraikan sahabat-sahabat media yang tidak pernah jemu-jemu memberikan publisiti secara berterusan kepada MBK dengan penuh keikhlasan, publisiti dan laporan yang telah diberikan selama ini amat bermakna buat MBK.

“Tanpa sokongan dan publisiti sebegini, segala usaha yang dilaksanakan nescaya tidak dapat dirasai dan dihargai oleh masyarakat. MBK juga bersedia menerima sebarang cadangan dan komen bagi proses penambahbaikan buat masa-masa akan datang,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download