Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd. Arif ketika melawat Pusat Internet Komuniti Pekan Damak

PELATIH USAHAWAN PUSAT INTERNET KOMUNITI AKAN DIBERI ANUGERAH

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mohd Mahathir Mohd Ali

JERANTUT, 04 NOVEMBER 2021 : Pusat Internet Komuniti (PIK) disarankan untuk mengambil data pelatih usahawan yang dibantu bagi melihat hasil jualan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, usahawan yang merekodkan hasil jualan tertinggi akan diberikan anugerah.

“Kita minta Pusat Internet Komuniti ini cari, rekod usahawan yang paling banyak jualan mereka secara keseluruhan.

“Kita tengok hasil jualan bulanan, dan hasil jualan tahunan, kalau yang paling banyak itu kita boleh cadangkan untuk beri anugerah dan hadiah kepada mereka,” katanya ketika melawat Pusat Internet Komuniti Pekan Damak, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd. Arif ketika melawat Pusat Internet Komuniti Pekan Damak

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Pahang, Encik Mohd Faisal Md Nor.

Beliau berkata cadangan ini merupakan salah satu inisiatif bagi menarik lebih ramai usahawan desa untuk menggunakan PIK di kawasan masing-masing.

“Kita buat latihan untuk mereka jadi usahawan dah bagus dah. Tapi kita nak tarik ramai lagi usahawan dan ini (anugerah) saya rasa cara yang baik untuk tarik mereka.

“Dalam masa yang sama, kita juga secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai usahawan desa di kampung-kampung kita,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download