Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika sesi dialog berkenaan isu perkhidmatan komunikasi dan inisiatif Pelan JENDELA kepada semua penghulu, ketua kampung dan YB Ahli Dewan Negeri dalam Parlimen Pekan di Pejabat UMNO Bahagian Pekan semalam.

PELAKSANAAN PROJEK JENDELA DI PEKAN BERJALAN LANCAR

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 2 NOVEMBER 2021: Pelaksanaan projek Infrastruktur Komunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Daerah Pekan kini sedang giat dilaksanakan dan ianya berjalan dengan lancar.

Sebanyak 22 menara telekomunikasi baharu akan dibina dan 126 stesen pemancar akan dinaiktaraf ke rangkaian 4G seperti yang telah dirancang.

Sesi dialog berkenaan isu perkhidmatan komunikasi dan inisiatif Pelan JENDELA kepada semua penghulu, ketua kampung dan YB Ahli Dewan Negeri dalam Parlimen Pekan di Pejabat UMNO Bahagian Pekan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, dua menara baharu juga telah siap dibina dan mula beroperasi di Kampung Langgar dan Kampung Alor Ara di sini.

“Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 2,099 premis di Pekan akan disediakan dengan capaian rangkaian gentian optik,” katanya pada seisi dialog berkenaan isu perkhidmatan komunikasi dan inisiatif Pelan JENDELA kepada semua penghulu, ketua kampung dan YB Ahli Dewan Negeri dalam Parlimen Pekan di Pejabat UMNO Bahagian Pekan semalam.

Jelas beliau lagi, kesemua projek ini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun hadapan.

“Kerajaan Negeri pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama-sama pihak SKMM berusaha sebaik mungkin bagi meningkatkan lagi pencapaian internet dan telekomunikasi di seluruh negeri ini termasuk di Daerah Pekan ini,” katanya.

Sehubungan itu katanya, taklimat ini penting kepada semua kepimpinan di Pekan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat serta memahami segala usaha yang sedang dilaksanakan Kerajaan Pahang bersama SKMM bagi meningkatkan pencapaian telekomunikasi dan liputan internet di seluruh Pekan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download