Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin menyampaikan sumbangan kepada penerima cek sumbangan Kerajaan Pahang.

KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM50,000 KEPADA EMPAT PENERIMA

KUANTAN, 1 NOVEMBER 2021: Seramai empat penerima di FELDA Jengka 2, Maran menerima sumbangan cek Kerajaan Pahang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM50,000.

Kesemua sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza berkata, sebanyak RM25,000 diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk bantuan kewangan baik pulih jalan perkuburan dan keceriaan kampung.

“Selain itu, masing-masing RM10,000 pula diserahkan kepada Encik Azwadi Ismail bagi bantuan kewangan penternakan kambing dan Encik Rozlan Mat Yusoff untuk bantuan kewangan bagi pemberian mesin pengisar makanan lembu,” katanya di sini.

Jelasnya lagi, sebanyak RM5,000 pula diserahkan kepada Encik Razaly Mohd Din bagi bantuan kewangan untuk membaiki reban sangkar puyuh.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Kuala Sentul berkata, bantuan ini membuktikan bahawa Kerajaan Pahang dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang memahami perit jerih masyarakat.

Justeru beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima terutamanya untuk meningkatkan perniagaan masing-masing. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds