Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin menyampaikan cek sumbangan bernilai RM12,475 yang diserahkan dapat memudahkan pihak Dapur Infaq.

PROGRAM BACA CEPAT KAWANKU BANTU ANAK GOLONGAN RENTAN CINTA ILMU

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 27 OKTOBER 2021: Takdir kehidupan mampu diubah dengan ilmu dan hal tersebut turut diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan anak-anak dalam komuniti rentan Jalan Wong Ah Jang turut berpeluang menimba ilmu sebaik mungkin.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, salah satu usaha yang dilakukan ialah Program Baca Cepat Kawanku.

“Program ini adalah ilham YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sendiri yang mahu melihat dan membantu anak-anak yang masih tidak pandai membaca.

“Saya yakin dengan usaha ini dapat melahirkan generasi-generasi yang lebih berjaya pada masa akan datang. Syabas, tahniah dan selamat maju jaya juga kepada Dapur Infaq (NGO) dalam menjayakan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyerahkan cek sumbangan kerajaan negeri dan saguhati kepada guru Program Baca Cepat Kawanku komuniti rentan Jalan Wong Ah Jang di sini.

Dalam pada itu, beliau berharap cek sumbangan bernilai RM12,475 yang diserahkan dapat memudahkan pihak Dapur Infaq yang menguruskan hal ehwal pendidikan anak anak ini.

“Saya gembira kerana berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan mereka selain berharap usaha ini dapat beri semangat kepada anak-anak ini supaya mereka lebih rajin belajar dan lebih bersemangat untuk memahirkan diri dalam membaca.

“Usaha yang dilakukan sudah pastinya mahu membawa mereka keluar dari kesusahan hidup dan membina masa depan yang lebih cemerlang dengan ilmu yang dimiliki,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds