Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kuala Repas di Bentong mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak yang tampil menghulurkan sumbangan.

NASIB MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG KUALA REPAS DAPAT PERHATIAN

KUANTAN, 24 OKTOBER 2021: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kuala Repas di Bentong mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak yang tampil menghulurkan sumbangan.

Beliau yang juga penyelaras bagi Dewan Negeri Bilut dan Ketari dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, selepas mendapat tahu berlaku kebakaran di di kawasan berkenaan, beliau segera ke tempat kejadian.

“Saya turut menghantar sedikit sumbangan peribadi yang sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit sebanyak kerugian yang mereka alami,” katanya di sini.

Katanya lagi, wakil daripada DUN Benta juga telah mengambil inisiatif segera menghantar bantuan seperti pakaian baru dan terpakai, makanan, barang mandian serta kelengkapan tempat tidur agar mangsa lebih selesa.

Bantuan segera daripada DUN Benta telah disampaikan melalui Ketua Kampung Kuala Repas Chamang, En Khairuddin Yusuf kepada mangsa.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 22 Oktober lalu itu menyebabkan empat buah rumah dan sebuah bengkel musnah hampir 90 peratus.

Seramai tujuh orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dibantu oleh lima anggota dari Balai Karak dan dua orang anggota dari Balai Bukit Angin bersama jentera dikejarkan kelokasi kebakaran. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds