Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyampaikan sumbangan sebanyak tujuh buah penyaman udara kepada Surau Hidayah, Kampung Permatang Pauh di Pekan.
MUIP DAN KERAJAAN PAHANG SUMBANG TUJUH PENGHAWA DINGIN BARU UNTUK SURAU HIDAYAH
KUANTAN, 23 OKTOBER 2021 : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyampaikan sumbangan sebanyak tujuh buah penyaman udara kepada Surau Hidayah, Kampung Permatang Pauh di Pekan.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, selain itu dapur dan tempat letak motor yang berbumbung juga kini terdapat di surau ini.
Katanya, semua sumbangan ini merupakan usaha pelbagai pihak terutamanya MUIP dan Kerajaan Negeri Pahang.
Beliau dalam masa yang sama menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang Dipertua MUIP diatas perkenan baginda memberi sumbangan demi membela nasib rakyat.
Ahli Dewan Negeri Bebar itu turut mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang meluluskan pelbagai peruntukkan untuk rakyat di Dewan Negeri Bebar.
Dalam pada itu, beliau turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Permatang Pauh, Saudara Mohamad Azmi Osman yang kurang sihat akibat penyakit angin ahmar dan darah tinggi.
Beliau berharap semoga Saudara Mohamad Azmi tabah menghadapi dugaan dan cepat sembuh seperti sediakala. – PAHANGMEDIA