Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin menyampaikan bantuan kerajaan negeri berjumlah RM2,000 kepada Muhammad Aiman Syafiq Ayub yang cedera akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.

BANTUAN KERAJAAN NEGERI TERUS MENCARI SASARAN

Oleh: Fairus Mohd

MARAN, 17 OKTOBER 2021: Kesulitan serta kesukaran hidup yang dialami rakyat di negeri ini akan terus menjadi tumpuan kerajaan negeri dalam membela nasib golongan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, setiap usaha tidak pernah terhenti malah ia menjadi agenda utama bagi mereka selaku barisan pemimpin di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin menyampaikan bantuan kerajaan negeri berjumlah RM2,000 kepada Encik Mohd Noh yang mengalami sakit strok di Jengka 2, Maran.

“Kerajaan Negeri tidak pernah jemu atau berhenti membantu rakyat malah terus komited menyalurkan bantuan-bantuan bersesuaian keperluan semasa rakyat.

“Dalam kehidupan yang berlangsung sekarang juga, kita lihat ramai yang memerlukan sokongan untuk memulakan kehidupan mahupun perniagaan selepas dibebaskan dari pelbagai syarat dan sekatan akibat wabak COVID-19 yang mula melanda sejak dua tahun lalu,” katanya.

Beliau hadir menyampaikan pelbagai jenis bantuan kerajaan negeri kepada penduduk yang memerlukan di sekitar daerah Maran.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin menyampaikan bantuan kerajaan negeri kepada Masjid Jamek Jengka 1 untuk menggantikan Kubah utama masjid sebanyak RM50,000.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga tidak pernah meminggirkan golongan luar bandar melalui penyediaan prasarana yang berkualiti dan mencukupi sekaligus menyokong pembangunan ekonomi dan sosial luar bandar serta dapat mewujudkan persekitaran kehidupan yang kondusif.

“Pengkhususan terhadap kepentingan di dalam politik sentiasa perlu seiring dengan tugas menjaga amanah rakyat yang inginkan perubahan dan pembelaan yang sewajarnya.

“Perkara berkenaan perlu diberi perhatian ekoran masalah keciciran mungkin ada berlaku dalam menyampaikan bantuan kepada masyarakat dan kelompangan tersebut turut perlu dipikul bersama.

“Kita juga sentiasa terbuka menerima aduan dan juga permohonan dari rakyat yang memerlukan bantuan. Jika tidak terus kepada kami, boleh berjumpa pegawai-pegawai yang ditugaskan untuk membantu memantau keperluan rakyat,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download