YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan sumbangan Bantuan Prihatin Pahang kepada penduduk di Cameron Highlands di Dewan Jubli Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands, baru-baru ini.

PENERIMA BANTUAN PRIHATIN PAHANG HARGAI INGATAN KERAJAAN NEGERI

Oleh : Fairus Mohd

CAMERON HIGHLANDS, 16 OKTOBER 2021 : Bantuan Prihatin Pahang yang diteruskan ke daerah Cameron Highlands nyata memberi kelegaan kepada semua penerima.

Chong Ah Mooi, 65

Bagi pengusaha kantin SKJ (C) Bertam Valley, Chong Ah Mooi, 65, bantuan yang diberikan sedikit sebanyak membantu mereka memulakan kehidupan selepas dua tahun tidak dapat bekerja dengan baik.

“Hidup memang rasa susah sebab tak boleh kerja, saya pun susah tak ada duit. Sekarang boleh kerja rasa lega sedikit.

“Terima kasih Menteri Besar kerana bagi bantuan kepada kami. Sikit-sikit boleh bantu kami mula hidup semula,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini.

Johar Bah Richi, 43

Imam Masjid Kampung Orang Asli Leryar, Johar Bah Richi, 43, turut menyampaikan rasa terima kasih kepada kepimpinan kerajaan negeri yang prihatin pada mereka.

“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang yang tidak lupa kepada kami yang bertugas di masjid dan surau.

“Bantuan ini sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada kami dan amat dihargai,” katanya.

Masudin Ragum, 39

Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) di Pos Telanok, Masudin Ragum, 39, bantuan ini merupakan tanda ingatan kerajaan negeri kepada mereka.

“Bantuan Khas Kewangan yang dihulurkan sememangnya meringankan beban yang ditanggung sepanjang pandemik melanda kita semua.

“Memang diakui masa sukar yang dilalui sangat menyedihkan namun keprihatinan YAB Menteri Besar Pahang menguatkan semangat untuk rakyat melalui ujian yang dihadapi,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download