Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram ketika menyampaikan bantuan pada Program Walkabout MARA Bantu Usahawan Inisiatif Tambahan PEMULIH MARA Negeri Pahang di pekarangan Bangunan Arked MARA Raub dan Chemerkau Chalet Resort, Ulu Dong, Raub.

MARA SUMBANG RM4.174 JUTA KEPADA USAHAWAN

Oleh : Fansurina Abdullah

RAUB, 11 OKTOBER 2021 : Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyumbang sebanyak RM4.174 juta kepada 957 usahawan dan peniaga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram berkata, jumlah tersebut diberikan menerusi tiga pakej bantuan yang disediakan menerusi Program MARA Prihatin.

Tiga pakej itu ialah penjadualan semula bayaran balik pembiayaan MARA, diskaun sewa kepada penyewa premis perniagaan MARA dan kemudahan pembiayaan perniagaan, Skim Prihatin Mikro (S3P).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram ketika menyampaikan bantuan pada Program Walkabout MARA Bantu Usahawan Inisiatif Tambahan PEMULIH MARA Negeri Pahang di pekarangan Bangunan Arked MARA Raub dan Chemerkau Chalet Resort, Ulu Dong, Raub.

“Lebih daripada RM4 juta jumlah bantuan yang telah disediakan oleh MARA untuk membantu pengusaha di Pahang dengan harapan mereka yang terkesan dengan pandemik ini akan dapat pulih dan memulakan perniagaan mereka seperti sediakala,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan pada Program Walkabout MARA Bantu Usahawan Inisiatif Tambahan PEMULIH MARA Negeri Pahang di pekarangan Bangunan Arked MARA Raub dan Chemerkau Chalet Resort, Ulu Dong, Raub.

Hadir sama ialah Pengarah MARA Negeri Pahang, Haji Soffian Mustafa dan pemimpin tempatan.

Pada majlis itu, seramai 13 penerima telah menerima Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P), Dananita, Surat Morotarium Pembiayaan Perniagaan MARA dan Surat Pengecualian Sewa & Diskaun Sewa 30 peratus MARA di bawah Program Strategi Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA) dan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

YB. Dato’ Abd Aziz yakin bahawa bantuan yang disediakan ini dapat membantu usahawan untuk meneruskan perniagaan dan perusahaan masing-masing terutama selepas hampir dua tahun perkembangan ekonomi terbantut ekoran penularan wabak pandemik COVID-19.

“Saya cukup yakin bahawa kita boleh meneruskan usaha dan aktiviti kita ini sebagaimana biasa dan mendapat faedah untuk memastikan pengusaha dan peniaga ini dapat meneruskan perniagaan mereka kalau boleh lebih baik daripada sebelum pandemik COVID-19,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download