Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi
CAMERON HIGHLANDS, 6 OKTOBER 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyantuni masyarakat Kampung Orang Asli Sungai Ubi di sini, semalam.

Dalam kunjungan itu, Kebawah Duli Tuanku berkenaan mengurniakan mengurniakan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada para penduduk.

Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak, Ketua Polis Daerah Cameron Highland, Deputi Superitenden Mohd Shamsuri Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi Hussain.

Kunjungan berkenaan membuktikan Kebawah Duli Tuanku sentiasa cakna akan kebajikan rakyat termasuklah masyarakat Orang Asli di Negeri ini.
Selain mengurniakan sumbangan, Baginda sempat beramah mesra dan mendoakan agar semuanya terus diberikan kesihatan yang baik. – PAHANGMEDIA